Current Time and Hijri Date
Image

Selamat datang ke Pusat Pengajian Tahfiz Al-Mizan, Bukit Besi! Kami adalah pusat tahfiz yang berorientasikan pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Image

Diasaskan oleh Allahyarham al-Syeikh al-Ustaz Razali bin Tahir dan Yayasan Kebajikan at-Tibyan Kuantan, kami memberikan fokus pada hafalan Al-Quran sejak usia 6 tahun. ITQAN memberikan komitmen membantu kanak-kanak yatim dan yatim piatu untuk mendapatkan pendidikan Islam yang sama seperti yang diperoleh oleh anak-anak lain.

Objektif

Menerajui hafazan Al-Quran dan Pengajian Al-Hadith.

Visi & Misi

Melahirkan generasi Al-Hafiz yang profesional melalui pengurusan strategik dan dinamik dengan sistem pendidikan berintegriti dan berinovatif.

Image

Institut Tahfiz : ITQAN

Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu dan juga JAKIM. ITQAN menempatkan 33 orang pelajar dari pelbagai negeri. ITQAN telah diwujudkan atas kesedaran untuk melahirkan generasi rabbani yang mampu mencorak ummah.
0
Jumlah Pelajar
Pelan Projek pembanggunan 2030 membolehkan kami menerima jumlah pelajar dengan lebih ramai
0
Hafiz & Hafizah
Setakat 2021, ITQAN telah berjaya mengeluarkan sejumlah 48 orang Hafiz & Hafizah.
Image

Program Tahfiz

Program Hafazan Pelajar/Silibus

Tahun 1

  • Target Hafalan : 3 JUZUK
  • Muqaddam/Iqra’
  • Juzuk 30, 29, dan 2

Tahun 2

  • Target Hafalan : 8 JUZUK
  • Setengah muka surat perhari selama setengah tahun
  • Satu muka surat perhari selama setengah tahun.

Tahun 3

  • Target Hafalan : 14 JUZUK
  • Setengah muka surat perhari selama setengah tahun
  • Satu muka surat perhari selama setengah tahun.

Tahun 4

  • Target Hafalan : 5 JUZUK
  • Satu setengah muka surat perhari
  • Imtihan/Peperiksaan
  • 30 Juzuk

Kokurikulum / Sukan

Aktiviti Fizikal, Kemahiran & Skill

Image
Image

Badan Berdaftar

Institusi Pendidikan Yang Sah Berdaftar dengan JHEAT & JAKIM

Image

Talian Perkhidmatan ITQAN

Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Atau emailkan persoalan / aduan anda terus ke admin@almizan.edu.my

Image

ITQAN merupakan pusat pembangunan dan pendidikan ummah melalui aktiviti gaya hidup Islam dengan pengetahuan terkini dan inovatif.

Hubungi Kami

Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan ( ITQAN)
JHEAT .03-018/14/Bhg.5-(91)

014-601 9090 | 014-601 9494

admin@almizan.edu.my
Bandar Bukit Besi, 23200 Dungun, Terengganu Darul Iman