Selamat datang ke Pusat Pengajian Tahfiz Al-Mizan, Bukit Besi! Kami adalah pusat tahfiz yang berorientasikan pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Diasaskan oleh Allahyarham al-Syeikh al-Ustaz Razali bin Tahir dan Yayasan Kebajikan at-Tibyan Kuantan, kami memberikan fokus pada hafalan Al-Quran sejak usia 6 tahun. ITQAN memberikan komitmen membantu kanak-kanak yatim dan yatim piatu untuk mendapatkan pendidikan Islam yang sama seperti yang diperoleh oleh anak-anak lain.
Objektif
Menerajui hafazan Al-Quran dan Pengajian Al-Hadith.
Visi & Misi
Melahirkan generasi Al-Hafiz yang profesional melalui pengurusan strategik dan dinamik dengan sistem pendidikan berintegriti dan berinovatif.
Institut Tahfiz : ITQAN
Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu dan juga JAKIM. ITQAN menempatkan 33 orang pelajar dari pelbagai negeri. ITQAN telah diwujudkan atas kesedaran untuk melahirkan generasi rabbani yang mampu mencorak ummah.
0
Jumlah Pelajar
Pelan Projek pembanggunan 2030 membolehkan kami menerima jumlah pelajar dengan lebih ramai
0
Hafiz & Hafizah
Setakat 2021, ITQAN telah berjaya mengeluarkan sejumlah 48 orang Hafiz & Hafizah.
Program Tahfiz
Program Hafazan Pelajar/Silibus
Tahun 1
- Target Hafalan : 3 JUZUK
- Muqaddam/Iqra’
- Juzuk 30, 29, dan 2
Tahun 2
- Target Hafalan : 8 JUZUK
- Setengah muka surat perhari selama setengah tahun
- Satu muka surat perhari selama setengah tahun.
Tahun 3
- Target Hafalan : 14 JUZUK
- Setengah muka surat perhari selama setengah tahun
- Satu muka surat perhari selama setengah tahun.
Tahun 4
- Target Hafalan : 5 JUZUK
- Satu setengah muka surat perhari
- Imtihan/Peperiksaan
- 30 Juzuk